fbpx
Now Reading
Tahniah Pearly – Thinaah! Beregu Wanita Malaysia Pertama Juarai Badminton Terbuka Switzerland

Tahniah Pearly – Thinaah! Beregu Wanita Malaysia Pertama Juarai Badminton Terbuka Switzerland

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada cara yang lebih baik dari meraikan hari wanita sedunia dengan kemenangan dua wanita Malaysia bukan?

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan beregu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang telah meraih kejayaan paling manis dalam karier mereka selepas memenangi Terbuka Switzerland di Basel, semalam.

Pearly – Thinaah yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan, bagaimanapun berjaya membuktikan keupayaan mereka apabila menundukkan pilihan ketiga kejohanan dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dengan kemenangan straight set, 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

 Lebih manis mereka yang menduduki ranking ke-30 dunia turut melakar sejarah sebagai pasangan beregu wanita pertama yang pernah memenangi Terbuka Swiss sejak kali pertama ia berlangsung.

Menerusi perlawanan semalam, kedua mereka dilihat mempamerkan aksi meyakinkan di set pertama apabila meskipun mendapat tentangan hebat dari Gabriela-Stefani.

Mereka terus unggul dan langsung tidak memberikan peluang kepada lawan untuk melakar kemenangan mudah pada set kekdua sekaligus memperoleh kemenangan pertama pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300

Menerusi Facebook, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut berkongsi video pendek dari pasangan berkenaan selepas mereka memenangi kejohanan tersebut.

Sebagai rekod, kali terakhir kita meraikan kemenangan di Terbuka Swiss adalah pada tahun 2009 selepas lagenda badminton negara, Dato Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon berjaya dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.