fbpx
Now Reading
Majikan Pukul Pengawal Peribadi Berpuasa Dipercayai Terlibat ‘Along’ & Judi

Majikan Pukul Pengawal Peribadi Berpuasa Dipercayai Terlibat ‘Along’ & Judi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nampaknya kes tular membabitkan dua pengawal peribadi yang dipukul hanya kerana berpuasa semalam telah membongkar lebih banyak episod baharu apabila bos dan kumpulan mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti haram seperti along dan judi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, ianya hasil penahanan empat suspek dan seorang pengurus yang menjalankan aktiviti haram itu didalam dua serbuan dan pemeriksaan di Klang pada malam tadi.

“Siasatan awal mendapati majikan mangsa yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam kegiatan along dan judi haram.

“Selepas tangkapan dilakukan, kami membuat pemeriksaan dan menemui sejumlah 12,500 keping wang tunai matawang Dollar AS serta 100 keping jongkong emas seberat sekilogram sekeping.

“Jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM28.45 juta berdasarkan harga emas semasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan tengahari tadi.

Datuk Arjunaidi bersama barang-barang rampasan Foto : FB

Barangan yang dirampas :

  • 12,500 keping wang tunai Dollar AS
  • 100 keping x jongong emas 1KG
  • Sepucuk pistol
  • 5 Telefon bimbit
  • Rotan yang digunakan memukul mangsa

Terdahulu kesemua suspek yang berusia 35 hingga 47 tahun disyaki terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi itu dibawa ke Mahkamah Klang untuk perintah reman pagi semalam.

“Salah seorang suspek dikenakan reman tujuh hari manakala tiga lagi direman lima hari. Kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau

Tambah Arjunaidi lagi, isu belasah berkenaan berkemungkinan disebabkan terlewat (masuk kerja) akibat berbuka puasa namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Bagi kes di Klang Selatan, polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 298 KK dan 307 KK.

“Kami juga menyiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) serta Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951,” kata Arjunaidi lagi.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membesarkan isu ini termasuk mengaitkan dengan isu perkauman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.