fbpx
Now Reading
Serpihan Logam Roket Angkasa China Hilang Kawalan Dijangka Jatuh Ke Kawasan Tak Diketahui Hujung Minggu Ini

Serpihan Logam Roket Angkasa China Hilang Kawalan Dijangka Jatuh Ke Kawasan Tak Diketahui Hujung Minggu Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebahagian daripada badan roket besar milik China yang dilancarkan ke stesen angkasa Tianhe tengah berpatah balik ke bumi dengan tak terkawal dan mungkin terhempas ke kawasan yang tak diketahui.

Menurut laporan The Guardian, roket Long March 5B yang berketinggian 30 meter itu berlepas dari Wenchang, Hainan ke orbit rendah bumi pada 29 April sebelum hilang kawalan.

Foto: Everyday Astronaut

Ahli Astrofizik di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard, Jonathan McDowell berkata perkara ini sememangnya merisaukan.

“Ianya petanda yang tak baik. Kali terakhir Long March 5B dilancarkan ianya berakhir dengan batang logam besar melayang di langit dan merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.

“Kebanyakkannya terbakar, tapi ada kepingan kepingan logam besar yang jatuh ke tanah. Nasib baik tak ada yang tercedera.”

Foto: Space News

Sejak hujung minggu lepas, serpihan itu dah jatuh lebih kurang 80 km dan menurut SpaceNews kelajuannya yang tak terkawal menyebabkan kawasan yang bakal jadi ‘mangsa’ memang tak boleh nak dipastikan.

Walaupun begitu, menurut McDowell serpihan itu mungkin jatuh ke laut pada hari esok sebab kawasan lautan memang dah ‘cover’ 71% daripada planet bumi ini.

Pelancaran Modul Stesen Angkasa Cina, Long March 5B

Foto Kredit: Xinhua

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.