fbpx
Now Reading
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Meninggal Dunia

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini.

Berita sedih tersebut dikongsikan Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria baru sahaja meninggal dunia,” tulis JMNPk menerusi hantaran tersebut yang di muat naik pada 3.04 petang tadi

Terdahulu Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhman dan seluruh tenaga kerja JMNPk.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un …

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.