fbpx
Now Reading
Tak Pasti Sah Atau Tak Mandi Wajib Sambil Selam Sungai? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Tak Pasti Sah Atau Tak Mandi Wajib Sambil Selam Sungai? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Tular satu ciapan di laman X menyaksikan tiga orang lelaki menyelam ke dalam sungai selepas sahaja niat mandi wajib dilafazkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum bahawa mandi wajib merupakan perkara yang perlu dititikberatkan buat umat beragama Islam bagi memastikan diri suci daripada hadas besar.

Walaupun mandi wajib boleh dilakukan dalam pelbagai jenis situasi, namun anda perlu memastikan bahawa ianya sah dari segi hukum.

Baru-baru ini, tular satu klip video di laman X (Twitter @helmihaqiem), menyaksikan sekumpulan lelaki sedang bermandi-manda di sebuah sungai.

Dalam video itu, tiga orang lelaki dilihat telah menyelam ke dalam sungai jernih selepas melaungkan niat mandi wajib yang berbunyi, “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah SWT.”

Sumber: X (@helmihaqiem)

Mandi Wajib Dalam Air Lebih 2 Kolah Adalah Sah

Namun begitu, mungkin ada di kalangan anda yang tidak pasti apakah hukum sekiranya seseorang itu mandi wajib di dalam sungai.

Menjawab kepada kemusykilan itu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi klip video kuliah di akaun YouTube rasmi miliknya, telah menjelaskan hukum kepada tindakan tersebut.

Jelas UAI, mandi wajib itu dikira sah sekiranya individu yang selam di sungai menenggelamkan keseluruhan badan ke dalam air dengan rata berserta dengan niat.

Selain daripada penjelasan oleh UAI, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah memberikan keterangan tentang hukum mandi wajib di dalam sungai.

Menurut Pejabat Mufti, seseorang itu perlulah mandi wajib menggunakan lebih dua kolah (qullah) air yang bersamaan kira-kira 270 liter.

Namun begitu, hukum menyelam dalam air yang kurang daripada dua kolah adalah makruh tetapi mandian tersebut sah di sisi agama Islam.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyelam sepenuhnya badan ke dalam air yang diyakini lebih daripada dua kolah bagi memastikan mandi wajib tersebut adalah sahih.


Panduan Mandi Wajib Oleh JAKIM

Buat mereka yang tidak pasti panduan yang betul untuk melakukan mandi wajib, di sini kami kongsikan panduan lengkap oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Niat mandi wajib ketika air sampai ke tubuh badan.
  • Membaca “Bismillah”.
  • Membasuh tangan sebanyak tiga kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Membersihkan tangan kiri menggunakan sabun.
  • Mengambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh menangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi.
  • Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala tiga kali dengan air. Bagi golongan perempuan yang mandi haid, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut.
  • Memulakan mandian dengan bahagian kanan badan.
  • Sapukan air ke seluruh badan.
  • Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu.
Sumber: Freepik/Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Nak Mandi Di Sungai? Amalkan 11 Tips Keselamatan Ini Untuk Elak Perkara Tidak Diingini Berlaku

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.