fbpx

Kebakaran Hutan Terus Merebak, Israel Mohon Bantuan Antarabangsa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti perkembangan dunia luar pasti mengetahui barat Baitulmaqdis ketika ini sedang mengalami kebakaran hutan yang begitu teruk.

Namun keadaan sejak semalam semakin kritikal selepas api terus merebak menyebabkan hampir 2,000 hektar kawasan hutan berkenaan terbakar memaksa penduduk di lima perkampungan berdekatan untuk berpindah.

Foto : SCMP

Api difahamkam turut merebak dan sedang marak di kawasan hutan berhampiran Masjid Al-Aqsa menyebabkan kota suci itu turut diselubungi asap tebal dan mula merasai bahang kebakaran.

Petang semalam pemimpin negara haram Israel itu telah meminta bantuan dari sekutu-sekutu antarabangsa untuk turut sama memadamkan kebakaran yang dilihat sudah tidak terkawal.

Difahamkan ketika ini Greece dan Cyprus sudah menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim tersebut  dengan menghantar pesawat pemadam kebakaran ke Israel.

FOTO : Reuters

Israel juga sudah menghubungi beberapa lagi negara seperti Itali, Perancis dan lain-lain negara.

Menurut Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Nasional, Dedi Simchi sebanyak 12 pesawat yang digunakan dalam memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan air selain 100 anggota bomba dan jentera yang dikerahkan untuk memadam di waktu malam.

Selain Israel, beberapa negara lain di Eropah dan Mediterranean turut terjejas akibat kebakaran hutan, antaranya Algeria, Cyprus, Greece, Turki dan Itali.






© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.