fbpx
Now Reading
Nak Langsai Hutang Ahlong, 2 Lelaki Sanggup Bakar Bentley & Dua Lagi Kereta Untuk Tuntut Insurans

Nak Langsai Hutang Ahlong, 2 Lelaki Sanggup Bakar Bentley & Dua Lagi Kereta Untuk Tuntut Insurans

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana buntu dan terdesak disebabkan hutang yang terlalu banyak, dua sahabat di Melaka nekad membakar tiga buah kenderaan milik mereka demi membuat tuntutan palsu insurans berjumlah RM 250,000pada minggu lalu.

Lebih mencuri tumpuan sebuah darinya merupakan kereta mewah dari jenama Bentley Continental GT(A) .

Namun taktik kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu dapat pihak polis sebelum keduanya diberkas di sekitar Bandar Melaka pada 13 dan 14 September lalu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, kedua-dua lelaki berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana terdesak untuk menjelaskan hutang ahlong.

Jelas Abdul Majidm suspek pertama telah membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

Foto : Utusan

Ia diikuti dua lagi laporan dari seorang individu berbeza mengenai kejadian kebakaran dua lagi kereta iaitu jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.

“Apabila polis pergi ke lokasi, kita dapati ada keraguan berhubung kejadian itu.

“Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya,” katanya dipetik dari Utusan.

Difahamkan kedua-dua suspek sudah merancang perkara berkenaan sejak tiga bulan lalu demi melangsaikan hutang berkenaan sebanyak RM 500,000.

“Suspek merancang insiden tersebut sejak tiga bulan lalu demi melunaskan hutang ah long sebanyak RM500,000,” ujarnya.

Tambah beliau, ini meurpakan kes pertama membabitkan modus operandi membakar kenderaan sendiri untuk membuat tuntutan insurans.

Ada rekod jenayah termasuk samun

Hasil semakan lanjut juga mendapati, kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kes khianat dengan api, samun, curi dan dadah.

“Kedua-dua suspek kini masih direman dan kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan juga telah dilengkapkan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Selain itu, pihak polis juga akan membuka semula tiga kertas siasatan sebelum ini membabitkan kebakaran kenderaan untuk mengesan sama ada ia melibatkan modus operandi sama,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.