fbpx
Now Reading
Polis Buru Lelaki Lagak Samseng Tendang Penunggang Motosikal [Video]

Polis Buru Lelaki Lagak Samseng Tendang Penunggang Motosikal [Video]

PDRM seru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan kes seorang lelaki menendang pintu sebuah kereta Honda City hingga kemek yang berlaku di Johor Bahru, kini tular satu lagi video insiden membabitkan kekasaran di jalan raya.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai jenis Proton Persona telah menghalang seorang penunggang motosikal.

Dia kemudian bertindak keluar dari kereta dan bersemuka dengan penunggang motosikal tersebut sebelum secara tiba-tiba menendangnya beberapa kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan, insiden tersebut bagaimanapun berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

Jelas beliau lagi, mereka percaya insiden tersebut berlaku di kawasan jalanraya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang.

Hasil semakan, pihaknya belum lagi menerima apa-apa laporan polis oleh mana-mana individu berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes berkenaan”

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai tampil untuk memberikan makklumat kepada polis bagi membantu mengesan individu berkenaan.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.