fbpx
Now Reading
Pemandu Treler Nyaris Gilis Penunggang Motosikal Di Stesen Minyak Didenda RM6,000

Pemandu Treler Nyaris Gilis Penunggang Motosikal Di Stesen Minyak Didenda RM6,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang penunggang motosikal nyaris digilis sebuah lori ketika sedang mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, treler berkenaan yang berada tidak jauh di belakangnya tiba-tiba bergerak dan membuat pusingan U sebelum melanggar mangsa.

Namun mangsa bernasib baik apabila sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis treler berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, pemandu treler berkenaan iaitu seorang wanita yang berusia 35 tahun kemudiannya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Klang.

Didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Klang

Foto : Utusan

Terbaharu petang selasa, Mahkamah Majistret Klang sudah pun menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap pemandu berkenaan Noor Haffizza Che Ani, lapor Utusan.

Noor Hafizza selaku Orang Kena Saman (OKS) dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid.

Majistret turut memerintahkan lesen memandu milik gadis tersebut disemak (diendorse) sebelum dikembalikan semula kepadanya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu treler di atas jalan raya tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada penunggang motosikal berkenaan, Mohamad Iftiqar Mohamad Amran, 29, pada pukul 8.30 pagi, 24 November lalu.

Kesalahan itu difahamkan berlaku di sebuah kawasan stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang dan dia dituduh mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu dalam rayuannya, OKS yang tidak diwakili peguam memohon denda yang rendah kerana menanggung ibu yang sakit terlantar.

“Saya memohon lesen memandu tidak ditarik kerana ia merupakan sumber rezeki bagi menanggung ibu yang sakit terlantar,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri bagaimanapun memohon agar dia diberikan hukuman setimpal untuk dijadikan kepadanya dan juga orang ramai.

Majistret Amirul Asyraf turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan OKS gagal membayar denda tersebut.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.