fbpx
Now Reading
Arab Saudi Kembali Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka, Penjarakan Fizikal Di Mekah & Madinah

Arab Saudi Kembali Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka, Penjarakan Fizikal Di Mekah & Madinah

Keputusan itu diambil sebagai usaha membendung penularan varian Omicron dan lonjakan kes harian di negara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai dua bulan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, Arab Saudi kini kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di negara mereka.

Berkuatkuasa di semua premis baik di kawasan umum atau tertutup, keputusan tersebut dilakukan pihak berkuasa sebagai usaha membendung penularan varian Omicron dan lonjakan kes harian di negara itu.

Pelaksanaan ini turut terpakai di Dua Masjid Suci iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa pada pukul 7 pagi, 30 Disember 2021, lapor Saudi Gazette.

Foto : Al Arabiya

Penjarakan sejadah dan semasa tawaf kembali dilaksanakan

Dengan pelaksanaan itu, semua langkah-langkah penjarakan fizikal di kalangan jemaah umrah antaranya dengan menjarakkan sejadah dan semasa melakukan tawaf kembali dipraktikkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.

Menurut Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, selain penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka, orang ramai turut diminta mematuhi masa yang ditetapkan untuk masuk ke dalam masjid seperti yang tertera pada permit umrah dan solat yang dikeluarkan oleh aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Aplikasi Tawakkalna. Foto : Saudi Gazette

Mereka dalam masa sama turut mengingatkan semua jemaah dan pekerja di Dua Masjid Suci untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan berkenaan.

Semalam sahaja Arab Saudi telah mencatatkan 744 kes jangkitan baharu menjadikan keseluruhan kes di negara mereka mencecah kepada 554,665.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.