fbpx
Now Reading
Hukuman Penjara Remaja Dimandi Ala Jenazah Diganti Dengan Khidmat Masyarakat

Hukuman Penjara Remaja Dimandi Ala Jenazah Diganti Dengan Khidmat Masyarakat

Difahamkan kerja khidmat masyarakat untuk pesalah muda ini akan ditumpukan di masjid-masjid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu panas membabitkan seorang remaja yang dimandikan seperti ‘jenazah’ dan dikenakan ‘waterboarding’ selepas ditangkap cuba mencuri tabung di sebuah masjid minggu lalu nyata menimbulkan perdebatan hangat di media sosial.

Ada yang merasakan tindakan kariah masjid menghukumnya sebegitu rupa adalah tidak wajar meskipun dia terbukti bersalah kerana melakukan kesalahan mencuri namun ada segelintir yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Dia yang merupakan seorang penganggur kemudian telah djatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis, 13 Januari 2022 meskipun menggunakan alasan terdesak mencuri untuk membeli ubat atuknya yang sedang sakit.

Baca artikel berkaitan : Remaja Tular Dimandikan Seperti Jenazah Dipenjara 10 Hari & Denda RM4,000

Isu tersebut menjadi lebih panas selepas datuknya tampil menafikan dakwaan pemuda berkenaan sebaliknya mendedahkan yang cucunya itu adalah seorang remaja yang bermasalah.

Bahkan beliau mengakui adalah invididu yang memberi cadangan kepada pihak masjid untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Malah AJK masjid kemudian memaklumkan mereka berbuat demikian kerana pesalah muda itu ketika ditangkap berada di dalam keadan khayal dan lalok.

Baca artikel berkaitan : Dimandi Seperti Jenazah Kerana Lalok & Khayal, Rupanya Datuk Yang Suruh Lapor Pada Polis

Tidak lama kemudiannya media melaporkan imam masjid tersebut pula dilaporkan meletakkan jawatan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam ketepikan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret

Tidak sampai beberapa hari, kisah pesalah muda ini sekali lagi menjadi perbualan netizen selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Selayang tempoh hari.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan susulan permohonan semakan kehakiman jenayah terhadap remaja berkenaan.

Ganti dengan khidmat masyarakat selama 120 jam

Mahkamah Tinggi kemudian memutuskan menggantikannya dengan hukuman khidmat masyarakat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Abdul Halim turut mengarahkan Daniel untuk memulakan khidmat masyarakat itu dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

“Saya arahkan khidmat masyarakat untuk tertuduh ini akan ditumpukan kepada di masjid-masjid sahaja,”  kata Abdul Halim.

Hakim saran pihak terlibat mohon maaf kepada pesalah

Menerusi laporan Kosmo, Abdul Halim turut menyarankan AJK masjid serta mereka yang merakam dan menularkan video kejadian itu memohon maaf kepada remaja tersebut dan kepada masyarakat.

“Jika saranan itu dipersetujui, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) boleh mengaturkannya (untuk permohonan maaf tersebut).

“Langkah ini bagi menjernihkan semua pihak agar tidak berpanjangan dan diharap perbincangan dapat dilakukan dan dipersetujui (saranan mohon maaf itu).

“Yang berlaku biar berlalu dan tidak boleh dipadamkan. Sebaliknya, jadikan pengajaran dan setakat ini kemaafan secara terbuka boleh menjernihkan keadaan,” jelasnya lagi.

Bagi semakan ini, pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat, manakala pesalah muda itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.

Menerusi laporan Utusan, remaja tersebut sepatutnya dibebaskan hari ini, 17 Januari selepas tamat menjalani hukuman penjara 10 hari yang sudah bermula sejak 9 Januari lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.