fbpx
Now Reading
Berlakon Konon Bermusafir, Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi Duit Tabung Masjid

Berlakon Konon Bermusafir, Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi Duit Tabung Masjid

Hasil ujian saringan air kencing dilakukan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan mempunyai sebanyak 20 rekod jenayah lampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kes kecurian duit atau tabung masjid dilarikan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima akal.

Ini kerana umum mengetahui wang yang dimasukkan ke dalam tabung tersebut adalah disedekahkan oleh orang ramai untuk kegunaan masjid atau untuk memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Lelaki berlakon kononya bermusafir sebelum kantoi curi duit tabung

Perkara sama turut berlaku di Pekan, Pahang apabila polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mencuri duit tabung masjid sejak awal Januari.

Difahamkan lelaki terbabit telah berlakon sebagai seorang musafir yang ingin berteduh di masjid sebelum perbuatannya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu polis menerima laporan berhubung kes yang berlaku di Masjid Saidina Abu Bakar, Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis pada 10 Januari.

Katanya kerugian yang dialami dalam kes tersebut adalah sebanyak RM150.

“Hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lipis berjaya membuat serbuan dan tangkapan pada jam 1.25 pagi tadi di hadapan sebuah rumah di Taman Fah Choon,” ujarnya, dipetik Malaysia Gazette.

Suspek ditahan bersama kereta dan beberapa barangan lain

Menurut Azli, suspek yang berusia 45 tahun itu telah ditahan bersama sebuah kenderaan jenama Proton Waja berwarna perak, serangkai anak kunci kereta berserta alat kawalan jauh, pakaian, topi, pisau pemotong, dua batang spanar serta dua batang spanar plug.

Suspek turut mengakui terlibat dengan tiga kes curi tabung masjid di daerah Lipis manakala dua lagi di Raub menggunakan kereta Proton Waja yang dicuri di Tapah pada 23 Disember lalu.

Ujarnya penangkapan suspek telah dapat menyelesaikan sebanyak lima kes pecah tabung masjid serta satu lagi adalah kes kecurian kenderaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda.

Jika sabit kesalahan individu boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan.

“Suspek bergerak aktif bermula awal Januari dengan mensasarkan masjid-masjid tepi jalan utama dengan berpura-pura sebagai musafir yang sedang berehat dalam masjid.

“Suspek melakukan jenayahnya pada waktu awal pagi sekitar jam 3 pagi hingga 11 pagi,” jelasnya lagi.

Positif dadah dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau

Selain itu, suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamin menerusi ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadapnya.

Suspek turut mempunyai sebanyak 20 rekod jenayah lampau dan ditahan sehingga 12 Januari untuk siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.