fbpx
Now Reading
“Doakan Saya Sembuh” – Uncle Kentang Positif Covid-19 Tahap 4

“Doakan Saya Sembuh” – Uncle Kentang Positif Covid-19 Tahap 4

Beliau menerusi hantaran sama turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan mematuhi SOP sentiasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktivis masyarakat terkenal, Uncle Kentang atau nama betulnya Kuan Chee Heng memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 tahap empat dan sedang dirawat di Hospital Serdang.

Sehubungan itu pejabatnya akan ditutup selama 4 hari termasuklah talian hotline dengan pengecualian diberikan kepada perkhidmatan ambulans.

Perkara itu dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada malam tadi.

“Maaf. Telefon saya akan ditutup selama tujuh hari. Positif Covid tahap 4. Sekarang di Hospital Serdang.

“Ofis akan ditutup selama empat hari bermula hari ini (semalam). Talian hotline ditutup kecuali untuk perkhidmatan ambulans,” kata Uncle Kentang.

Menurut beliau lagi, memandangkan jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat, pihaknya juga akan menambah perkhidmatan ambulans menjadi dua.

“Untuk Covid-19 hubungi 012-2423360. Untuk ambulans biasa hubungi 011-550521488,” kata beliau.

Beliau menerusi hantaran sama turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan mematuhi SOP sentiasa.

Kesihatan semakin baik

Menerusi satu lagi posting berbeza, Uncle Kentang memaklumkan yang kesihatannya semakin baik selepas keputusan ujian keluar.

Beliau yang sedang menerima rawatan di Wad 7C Hospital Serdang turut menjelaskan yang paras oksigennya sudah meningkat ke 97% dan kini boleh bernafas tanpa alat bantuan.

Beliau bagaimanapun masih lagi mengalami demam dan batuk ringan.

Uncle Kentang sebelum ini memaklumkan telah diserang demam panas dan sakit tekak dipercayai kerana terlalu penat ekoran dari jadual yang padat antaranya menghantar pesakit ke hospital selain mengagihkan dana untuk mangsa-mangsa banjir di Jelebu.

Namun beliau kemudian memaklumkan sudah disahkan positif Covid-19 tahap 4A dan memerlukan oksigen.

Kami doakan Uncle Kentang dan semua yang sedang bertarung dengan wabak maut ini diberikan kesembuhan. Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.