
Isu Tukar Jadual Penerbangan, MAVCOM Buat Siasatan & Arah Syarikat Penerbangan Kemukan Data
MAVCOM minta pelanggan buat aduan rasmi jika menghadapi isu kelewatan atau masalah penerbangan dan tidak mendapat layanan sewajarnya kepada syarikat pernerbangan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini kecoh di media sosial rungutan orang ramai apabila jadual penerbangan mereka ditukar pada saat-saat akhir hingga ada yang terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama.
Wth @airasia @tonyfernandes_ our 6.30pm flight has been delayed and rescheduled to 8.40pm at such short notice. It's freakin 9pm now and we're still not being called for boarding yet. You've caused us troubles!!! We all got plans and schedules laa bodohhhh 🤬🤬🤬🤬🤬 pic.twitter.com/7pKlRfpaJg
— dinizaini (@dinizaini) May 7, 2022
Apa masalah airasia ni? Dah la delay 1 jam masa kat airport juanda pastu takde inform apa apa. Then bila dah sampai klia 2, nak tuntut baggage kene tunggu dah dekat sejam ni
— na (@nanasyira_) May 8, 2022
Mana tak anginnya kalau mcm ni, orang letih tau. Flight qz322 (surabaya-kl)@airasia @AVA_airasia pic.twitter.com/1EQgcMZPZp
Susulan insiden tersebut, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini sedang menyiasat beberapa aduan berkenaan syarikat penerbangan yang telah mengubah jadual penerbangan tanpa menghantar notis mencukupi kepada pengguna.
Arah syarikat penerbangan kemukan data
Seiring mandat untuk menegakkan hak pengguna, suruhanjaya tersebut mengarahkan syarikat penerbangan untuk mengemukakan semua data relevan berhubung gangguan jadual penerbangan sepanjang tempoh perayaan dari 28 April hingga 9 Mei lepas..
Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan objektif, tepat serta komprehensif mengenai keadaan tersebut, lapor Bernama.
“Ini termasuk jadual penerbangan sebenar berbanding jumlah penerbangan yang dijadualkan semula oleh semua syarikat penerbangan sepanjang tempoh perayaan,” jelasnya.
Syarikat penerbangan perlu sampai sebarang perubahan secepat mungkin

Berdasarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), syarikat penerbangan hendaklah menyampaikan sebarang perubahan status penerbangan kepada pengguna dengan segera.
“Untuk kelewatan dua jam atau lebih, syarikat penerbangan yang beroperasi mesti bertanggungjawab dalam menyediakan makanan, panggilan telefon dan akses internet.
“Bagi kelewatan lima jam atau lebih, syarikat penerbangan harus menyediakan penginapan jika diperlukan serta pengangkutan.
“Sekiranya masa penerbangan yang dijadualkan semula tidak memenuhi tujuan perjalanan pengguna, bayaran balik tiket penerbangan harus dibuat oleh syarikat penerbangan,” katanya lagi.
Perkara ini turut dimaklumkan Menteri KPDNHEP, (nama penuh alexander nanta ) baru-baru ini.
Baca artikel berkaitan:
Minta pelanggan alami kelewatan atau masalah penerbangan buat aduan kepada syarikat penerbangan
Pengarah Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata pengguna yang mengalami kelewatan atau masalah penerbangan serta tidak mendapat layanan yang sepatutnya diminta untuk membuat aduan rasmi pada syarikat penerbangan tersebut.
“Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengemukakan aduan mereka kepada MAVCOM melalui lamat web FlySmart atau aplikasi mudah alih FlySmart bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan bagi memudahkan penyiasatan.
“Pada masa sama, MAVCOM sedang memperhalusi MACPC untuk memperkemas serta menambah baik perlindungan pengguna, terutamanya dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya.
“Isu ini merupakan perkara yang mendesak dan MAVCOM akan terus memastikan pemain industri kekal mematuhi MACPC dan hak-hak pengguna terus ditegakkan,” ulasnya lagi.
Baca artikel berkaitan: