Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seoarang peniaga cedera di tangan dan tengkuk apabila serpihan batu daripada tembok bangunan terjatuh menimpanya selepas seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai pemandu Myvi telah terbabas dan melanggar tembok di bahagian tempat letak kenderaan Hentian Bas Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata, insiden itu menyebabkan serpihan batu tembok terjatuh di atas dua gerai yang berada di aras tanah.
Ia menyebabkan bumbung zink sebuah gerai terkoyak dan terkena wanita berusia 58 tahun tersebut.
Pihak bomba menerima panggilan pada 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Foto : Orang awam
Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan jenis Perodua Myvi tersebut telah ditarik dengan menggunakan kenderaan ‘Towing’ dan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan polis.
Wanita berusia 58 tahun tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakal pemandu lelaki berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.