fbpx
Now Reading
Lelaki Tular Bergayut Pada Cermin Lori Sedang Bergerak Disyaki Alami Masalah Mental [Video]
lelaki berpaut dekat cermin sisi lori alami masalah mental

Lelaki Tular Bergayut Pada Cermin Lori Sedang Bergerak Disyaki Alami Masalah Mental [Video]

Lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental itu telah berpaut pada cermin sisi sebuah lori yang sedang bergerak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang berpaut pada cermin sisi sebuah lori yang sedang bergerak di Jalan Semporna-Kunak, Sabah, dan disyaki mengalami masalah mental.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan, suspek merupakan warga asing yang berusia lingkungan 30-an telah ditahan pada jam 4.50 petang semalam (26 Mei).

Polis terima aduan berkenaan lelaki kurang siuman

Menurut beliau, pihak polis sebelum ini telah menerima maklumat serta aduan berkaitan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu ketenteraman awam kerana membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Jalan Sungai Sipit Semporna-Kunak.

“Susulan itu, sepasukan anggota dalam tugas ronda cegah jenayah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang ketika itu terbaring di atas jalan raya.

Lelaki alami luka pada kepala

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mengalami luka pada bahagian kepala sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Jelas Mohd Farhan lagi, siasatan lanjut didapati suspek merupakan individu yang sama dirakam menerusi dua video masing-masing berdurasi 22 saat serta satu minit 31 yang tular pada baru-baru ini.

Ditahan reman empat hari

“Suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah sebelum dirujuk ke Bahagian Psikiatri Hospital Semporna untuk tindakan susulan,” ulasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.