fbpx
Now Reading
Pak Guard Berhati Mulia, Suapkan Makanan Pada Warga Emas Yang Bersendirian [Video]

Pak Guard Berhati Mulia, Suapkan Makanan Pada Warga Emas Yang Bersendirian [Video]

Pengawal keselamatan di Hospital Besar Pulau Pinang yang dikenali sebagai Encik Sri Subra kelihatan begitu ikhlas dan sabar menyuap warga emas itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan kita antara negara yang istimewa. Walaupun berbeza kaum, namum kita masih mampu menjalani kehidupan seharian bersama-sama di bawah satu naungan.

Menerusi satu video yang tular di laman TikTok @penang_kini, kelihatan seorang Pakcik ‘Security’ berbangsa India di sebuah hospital sedang menyuapkan makanan kepada seorang warga emas yang sedang berseorangan.

@penang_kini

Pak guard berhati miliaMenyuapkan makanan kepada warga EMAS tidak di temani sesiapa pun.terbaik Pak guard bernama Sri Subra Di GH Penang. 🔥

♬ suara asli – DIIMAS✨ – dimas

Pengawal keselamatan di Hospital Pulau Pinang yang dikenali sebagai Encik Sri Subra itu kelihatan begitu ikhlas dan sabar menyuap makanan ke mulut warga emas berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook (FB) mereka pula, laman berkenaan turut memuji keprihatin pak guard berkenaan membantu wanita itu tanpa mengira perbezaan agama mahupun bangsa.

“Terbaik dan terima kasih pak guard bernama Sri Subra yang prihatin membantu sesama insan tanpa mengira agama, bangsa atau jantina,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dengan tindakan pakcik tersebut, bahkan ramai yang tersentuh hati dan memuji tindakan murni yang dilakukannya.

Setakat artikel ini ditulis, video yang berdurasi 13 saat itu mendapat jumlah tontonan hampir mencecah 100,000 dan 12,500 tanda suka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.