fbpx
Now Reading
Tidak Makan 5 hari, 59 Warga Rohingya Terkandas Di Thailand Semasa Menuju Ke Malaysia

Tidak Makan 5 hari, 59 Warga Rohingya Terkandas Di Thailand Semasa Menuju Ke Malaysia

Kesemua mereka akan didakwa atas kesalahan memasuki Thailand secara haram dan berkemungkinan akan diusir semula ke Myanmar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

59 warga Rohingya yang ditemui di sebuah kepulauan kecil di Thailand mendakwa telah ditinggalkan oleh penyeludup semasa dalam perjalanan menuju ke Malaysia pada Sabtu lepas (4 Jun).

Menurut laporan Arab News, pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral Surachet Hakpan berkata, kumpulan terbabit yang turut terdiri daripada lima kanak-kanak dijumpai di pulau Koh Dong, Wilayah Satun, Selatan Thailand.

Foto: Royal Thai Navy
Foto: Royal Thai Navy

Akan didakwa dan diusir semula ke Myanmar

Menurutnya lagi, kesemua mereka akan didakwa atas kesalahan memasuki Thailand secara haram dan berkemungkinan akan diusir semula ke Myanmar.

“Kami menyediakan bantuan kemanusiaan dan akan menyiasat sama ada mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia atau masuk ke negara ini secara haram.

“Kumpulan itu dalam keadaan kebuluran dan berkemungkinan tidak makan sehingga lima hari,” ujarnya.

Bayaran sekitar RM5 ribu dikenakan bagi perjalanan itu

Salah seorang pelarian yang ditemui, memberitahu bot mereka adalah antara salah satu daripada tiga bot yang membawa seramai 178 pelarian dari Myanmar dan Bangladesh.

Ujarnya lagi, setiap daripada mereka telah membayar wang sekitar RM5,000 pada ejen untuk perjalanan itu.

Dua bot pertama yang membawa 119 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia, menurut kenyataan polis Thailand.

Kru bot membuat keputusan untuk meninggalkan yang lain di pulau Koh Dong dengan menipu bahawa mereka telah sampai ke Malaysia.

Insiden itu berlaku selepas mayat 14 etnik Rohingya termasuk kanak-kanak ditemui dihanyutkan ke pantai pada bulan lepas selepas mereka cuba melarikan diri dari Myanmar.

Malaysia yang memiliki majoriti penduduk beragama Islam adalah menjadi destinasi utama bagi pelarian Rohingya yang ditindas di Rakhine, barat Myanmar, sejak sekian lama.

Kredit gambar: Royal Thai Navy

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.