fbpx
Now Reading
“Saya Tak Salah Punya..” – Jurutera Ditahan Lakukan Kekerasan Terhadap Polis [Video]

“Saya Tak Salah Punya..” – Jurutera Ditahan Lakukan Kekerasan Terhadap Polis [Video]

Lelaki yang berusia 51 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan polis trafik terbabit selepas mengeluarkan saman terhadapnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis berjaya menahan seorang jurutera yang bertindak melakukan kekerasan dan menghalang seorang anggota polis trafik daripada menjalankan tugas dalam kejadian di tepi Jalan Dr Awang, Bayan Lepas, Isnin lalu (27 Jun)..

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.30 petang.

Siasatan mendapati lelaki berusia 51 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan polis trafik terbabit kerana mengeluarkan saman terhadapnya.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu

“Lelaki berkenaan telah melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan anggota polis yang bertugas ketika itu bertindak mengeluarkan saman.

“Bagaimanapun lelaki itu tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut telah membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya,” katanya dalam satu kenyataan

Menurutnya lagi, polis tersebut cuba menahan suspek kerana menghalangnya menjalankan tugas dan merampas telefon bimbit untuk siasatan.

Bagaimanapun, suspek yang enggan memberi kerjasama telah bertindak menggunakan kekerasan jenayah terhadap polis sehingga berlaku pergelutan.

Berikutan kejadian itu, Kamarul berkata, suspek berjaya ditangkap polis dan ditahan reman selama tiga hari sehingga 30 Jun bagi membantu siasatan.

Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melakukan tugas. Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam.”

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal

Semalam (28 Jun), video yang berdurasi 2 minit 55 saat itu tular di laman Facebook Penang Kini, memaparkan tindakan seorang lelaki menafikan kesalahan trafik yang dilakukannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.