fbpx
Now Reading
PDRM Sedia Bekerjasama Dengan KPDNHEP Bendung Isu Ketirisan Minyak
PDRM sedia bekerjasama untuk bendung isu ketirisan minyak masak

PDRM Sedia Bekerjasama Dengan KPDNHEP Bendung Isu Ketirisan Minyak

PDRM sedia bersama-sama KPDNHEP dalam membendung isu ketirisan minyak masak bersubsidi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Op Bersepadu bertujuan untuk menangani masalah ketirisan minyak masak bersubsidi.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, sebuah pertemuan telah diadakan semalam (4 Julai), antara Pengarah Jabatan Keselamatan Dalan Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Ketua Setiusaha KPDNHEP berhubung perkara tersebut.

Tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada pihak KPDNHEP

“Pelaksanaan Operasi Pengauditan dan Pemutihan minyak masak paket melalui Op Bersepadu yang mana tangkapan dan rampasan yang dilaksanakan kelak akan diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan lanjut dipersetujui.

“PDRM sedia bekerjasama dan memberi bantuan berterusan kepada pihak KPDNHEP melalui Op Bersepadu dalam usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi khususnya minyak masak,” ulasnya.

Jelasnya, sebelum ini JKDNKA melakukan Op Kontraban dalam usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi.

Foto: FB KPDNHEP

RM38.24 juta barangan bersubsidi dirampas

“Bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, JKDNKA merampas barangan bersubsidi yang diseleweng bernilai RM38.24 juta.

“Daripada jumlah itu, rampasan membabitkan minyak masak bernilai RM854,252.

“Usaha bersepadu dengan pihak KPDNHEP adalah langkah positif bagi PDRM menyumbang secara lebih efektif dalam membendung ketirisan subsidi,” jelasnya.

Kerajaan akan laksanakan pengauditan serta pemutihan

Pada 4 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu bahawa kerajaan akan melakukan pengauditan serta pemutihan secara komprehensif yang membabitkan 22 pengeluar serta 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang dijalankan di seluruh negara.

Ismail Sabri turut mengarahkan pihak penguat kuasa seperti KPDNHEP, PDRM, serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk ‘menggempur’ daripada peringkat kilang pembungkusan hinggalah ke sempadan negara bagi memastikan tiada penyelewengan yang berlaku.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.