fbpx
Now Reading
Ayam Mentah Murah Tapi Tak Laku Di Terengganu

Ayam Mentah Murah Tapi Tak Laku Di Terengganu

Menerusi tinjauan yang dilakukan beberapa pasar di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu kelihatan menjual ayam mentah pada harga antara RM7.30 dan RM7.50 sekilogram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun harga ayam mentah di Terengganu turun ke paras terendah dalam tempoh lebih setahun, sambutan pembeli terhadap bahan mentah itu masih tidak memberansangkan menyebabkan ia tidak laku di pasaran.

Kebanyakan peniaga ayam ditemui di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu memberitahu jualan mereka menurun sehingga 40% walaupun harga sudah diturunkan sehingga RM7.30 sekilogram berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.

Menurut laporan Kosmo, salah seorang peniaga, Ahmad Ibni Hasan berkata, secara purata dia hanya menjual 100 ekor ayam pada setiap hari berbanding 180 ekor sebelum ini.

Pelanggan punya pilihan beli ayam yang murah

“Pelanggan semakin kurang mungkin sebab mereka mempunyai banyak pilihan membeli ayam dengan harga murah.

“Saya menjual ayam mentah pada harga RM7.50 sekilogram iaitu paling rendah sejak tahun 2021. Sebelum ini ia berharga RM11.50 sebelum semakin turun RM8.50 sekilogram pada minggu lalu,” katanya di Pasar Teluk Ketapang, semalam.

Menerusi tinjauan di beberapa pasar daerah di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, kelihatan ayam mentah dijual pada harga antara RM7.30 dan RM7.50 sekilogram.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, trend lambakan ayam setiap kali selepas musim perayaan adalah sesuatu yang normal.

Penurunan harga dedak punca harga ayam makin murah

Seorang lagi peniaga ayam, Abdullah Endot berkata, penurunan harga dedak merupakan punca harga ayam semakin murah di peringkat pembekal dan ladang.

“Pembekal kata harga makanan ayam turun RM1. Harga sudah murah di semua peringkat, namun pembeli pula makin berkurang.

“Jika sebelum ini saya mampu menjual sehingga 200 ekor ayam sehari, namun hari ini, kurang 100 ekor sehingga memaksa menyimpan lebihan ayam untuk dijual esok,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.