fbpx
Now Reading
JHEAIPP Sahkan Kedai Nasi Ayam & Nasi Itik Viral Tiada Sijil Halal, Hantar Sisa Makanan Untuk Beri Anjing Makan
tidak ada sijil halal

JHEAIPP Sahkan Kedai Nasi Ayam & Nasi Itik Viral Tiada Sijil Halal, Hantar Sisa Makanan Untuk Beri Anjing Makan

JHEAIPP dalam masa sama turut menasihatkan agar pemilik gerai berkenaan membuat permonon untuk memiliki sijil halal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan dua orang lelaki dipercayai pekerja kedai nasi ayam dan itik yang viral di Sungai Ara menghantar beberapa bekas makanan ke sebuah restoran yang tidak halal di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Video tersebut bagaimanapun, telah menimbulkan kekecohan serta keraguan di kalangan orang ramai sehingga ada yang mendakwa gerai yang menjual nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Pulau Pinang, itu mendapatkan bekalan makanan daripada restoran terbabit.

JHEIAPP sahkan tidak mempunyai sijil halal

Berikutan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah melakukan satu siatan dan siasatan mengesahkan bahawa restoran tersebut tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar @ Wahab, memaklumkan hasil pemeriksaan pihaknya turut mendapati sebuah lagi cawangan yang terletak di pusat membeli belah di Persiaran Gurney, Pulau Pinang juga tidak mempunyai SPHM.

Jelasnya, hanya cawangan kedai makan di Persiaran Gurney sahaja yang dibuka manakala di Sungai Ara tidak beroperasi.

Makanan dimasak di Persiaran Gurney turut dibawa dan dijual di gerai Sungai Ara

Menurutnya lagi, berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan JHEAIPP dengan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mendapati makanan yang dimasak di premis Persiaran Gurney juga dibawa ke gerai Sungai Ara untuk dijual.

Foto: FB Farahanani Amir Hamzah

Katanya, JHEAIPP turut menasihati dua orang lelaki yang merupakan pemilik gerai tersebut untuk membuat permohonan SPHM daripada jabatannya.

Restoran nasi ayam dan itik di Paya Terubong turut tidak mempunyai sijil halal

Mohd Hanif berkata, daripada siasatan yang dilakukan kepada restoran nasi ayam dan itik bukan Islam yang terletak di Paya Terubong itu juga tidak mempunyai SPHM.

“Hanya beri anjing makan”

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan gerai viral hanya menghantar sisa makanan yang tidak habis terjual ke Paya Terubong untuk diberi makan pada anjing.

“Pemilik gerai di Sungai Ara dan cawangan di Persiaran Gurney hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran Paya Terubong untuk diberi makan kepada anjing peliharaan pemilik premis berkenaan dan membasuh bekas-bekas serta peralatan makanan di sana,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.