fbpx
Now Reading
Bekas Presiden MIC, Samy Vellu Meninggal Dunia

Bekas Presiden MIC, Samy Vellu Meninggal Dunia

Mendiang yang juga bekas Menteri Kerja Raya dipercayai meninggal dunia ketika dalam tidur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas presiden MIC, Tun S. Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi ini (15 Sept) pada usia 86 tahun.

Berita duka tersebut dikongsikan Datuk Seri Dr S Subramaniam, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Presiden MIC di akaun Facebook miliknya.

“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari,” katanya.

Menurut laporan Awani, mendiang yang juga bekas Menteri Kerja Raya itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam tidur.

Berita sama turut dikongsikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Facebook miliknya.

“Takziah buat keluarga kepada Tun S. Samy Vellu yang telah meninggal dunia hari ini. Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara.

“Jasa dan pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta menteri kabinet akan terus dikenang,” tulis beliau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.