fbpx
Now Reading
Ejen Jualan Kosmetik Yang Diculik Berjaya Diselamatkan & Dibawa Pulang Ke Malaysia
Ejen jualan kosmetik dijumpai

Ejen Jualan Kosmetik Yang Diculik Berjaya Diselamatkan & Dibawa Pulang Ke Malaysia

PDRM memaklumkan hasil kerjasama bersama Polis Diraja Thailand telah membantu mengesan lokasi mangsa hingga dia berjaya ditemui dan 7 suspek ditahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 13 September lalu, tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang ejen jualan kosmetik yang didakwa dibawa lari dan diculik oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Berdasarkan laporan, mangsa iaitu Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun telah dilarikan beberapa lelaki dengan menggunakan kereta jenama Toyota Vios dan disyaki dibawa lari ke Thailand pada 13 September yang lalu.

Baca berita berkaitan: Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Jadi Punca Ejen Produk Kosmetik Diculik, Kata Poli

Ejen jualan kosmetik berjaya diselamatkan, hasil kerjasama dengan Polis Diraja Thailand

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan mangsa telah berjaya diselamatkan di satu lokasi di Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil kerjasama erat bersama dengan Polis Diraja Thailand dan perkongsian maklumat serta perisikan telah berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara berkenaan.

Sudah dibawa pulang, PDRM tubuh pasukan khas

Jelasnya, mangsa berjaya diselamatkan serta dibawa pulang ke Malaysia pada 29 September lalu.

Beliau berkata, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi untuk menyelesaikan kes tersebut.

7 suspek ditahan untuk bantu siasatan, kenderaan turut dirampas

Susulan itu, seramai tujuh orang suspek lelaki warga tempatan ditahan sekitar Kelantan, Selangor, dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

“Turut dirampas adalah sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya.

Zahirkan penghargaan atas bantuan yang diberi

Beliau dalam masa sama, turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand serta kedutaan Malaysia atas kerjasama dan bantuan yang diberikan untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“PDRM juga menyeru kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” jelas beliau lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.