Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Oktober) mengumumkan pembubaran parlimen berkuat kuasa serta merta untuk memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman berkenaan dilakukan selepas beliau mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mista’in Billah pada 9 Oktober lalu.
Tarikh Pilihan Raya akan ditetapkan kemudian.