fbpx
Now Reading
“Lepas Saya Tinggalkan Jawatan MB, Nampak Merosot Prestasi Selangor” – Azmin Ali

“Lepas Saya Tinggalkan Jawatan MB, Nampak Merosot Prestasi Selangor” – Azmin Ali

Menurut Azmin, hubungan di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah dilantik untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 23 September 2014 menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun pada tahun 2018, jawatan itu diganti pula oleh Dato Seri Amirudin bin Shari selepas Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Prestasi Selangor makin merosot selepas Azmin tidak memegang jawatan MB

Terbaharu, Azmin Ali mendakwa prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu pada 2018.

Menurut laporan Awani, Menteri Antarabangsa dan Industri itu berkata, hubungan kerjasama yang baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.

“Lepas saya tinggal (jawatan Menteri Besar) nampak merosot prestasi (Selangor), jadi tanggungjawab saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor.

“Supaya Selangor akan terus membangunkan memberi manfaat semua rakyat selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Hari MITI 2022, semalam (16 Oktober).

Hubungan kerajaan Selangor dan Persekutuan baik, cuma perlu dipertingkatkan

Ditanya mengenai hubungan di antara kerajaan Selangor dan Persekutuan sebelum ini, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata ia berada dalam keadaan yang baik cuma perlu dipertingkatkan lagi.

Azmin pada masa yang sama berkata, beliau tidak kisah jika harus kembali menjadi Menteri Besar Selangor kalau itu yang dinginkan oleh rakyat di negeri itu.

“Terpulang kepada rakyat, saya di mana pun boleh, kita kalau benih yang subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.