fbpx
Now Reading
5,000 Ibu Bekerja Di Selangor Layak Terima RM1,000 Secara One-Off

5,000 Ibu Bekerja Di Selangor Layak Terima RM1,000 Secara One-Off

Antara syarat kelayakan bagi para ibu untuk memohon insentif MamaKerja adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berusia 12 tahun ke bawah dan bekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menjadi seorang ibu yang bekerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bukan sahaja perlu mencari wang malah mereka terpaksa mengorbankan masa berisitirehat demi memastikan rumah dan juga anak-anak diuruskan dengan baik.

Seramai 5,000 para ibu layak terima Insentif MamaKerja

Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Insentif MamaKerja di mana para ibu di negeri berkenaan bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor iaitu Anfaal Saari para ibu yang layak akan menerima wang RM1,000 secara ‘one off’.

Tujuan insentif ini dilakukan adalah bagi mengangkat martabat ibu yang bekerja serta memiliki anak berusia 12 tahun ke bawah.

“Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos,” ujarnya semalam (25 Oktober), dipetik Harian Metro.

Syarat untuk memohon insentif MamaKerja:

  • Wanita bekerja
  • Rakyat Selangor atau bermastautin di negeri ini lebih 10 tahun
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  • Pemohon mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berusia 12 tahun ke bawah
  • Bukan penerima bantuan Skim Bantuan Asuhan Pintar (Asuh Pintar), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Ibu-ibu terpaksa pilih jaga anak atau bekerja

Kata beliau lagi, kerana harga kos penjagaan yang tinggi segelintir para ibu terpaksa memilih sama ada mahu menjaga anak atau terus bekerja.

“Statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor yang rendah iaitu 69.9%.

“Selain itu, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaran kos penjagaan anak yang tinggi,” ujarnya.

Sekadar makluman permohonan bagi insentif ini dibuka bermula 1 November pada jam 10.00 pagi.

Untuk info dan maklumat lanjut, layari laman rasmi MamaKerja di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.