fbpx
Now Reading
PRU15: SPR Tetapkan 19 November Tarikh Mengundi

PRU15: SPR Tetapkan 19 November Tarikh Mengundi

SPR turut menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 November manakala tarikh mengundi awal pada 15 November.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi telah menetapkan 19 November sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada satu sidang media selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pagi tadi.

Menerusi kenyataan sama, SPR turut memaklumkan tarikh penamaan calon adalah pada 5 November (Sabtu) dan tarikh mengundi awal adalah pada 15 November (Selasa).

Penetapan tarikh ini bermakna sebanyak 14 hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen dalam PRU ini.

Seabgai info, PRU15 akan melibatkan 222 kerusi Parlimen dan sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini berikutan empat buat empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini manakala ada beberapa negeri yang memilih untuk tidak membubarkan DUN.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membubarkan parlimen pada 10 Oktober bagi membuka ruang agar PRU15 diadakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.