fbpx
Now Reading
Negeri Sembilan Isytihar Cuti Umum Pada 18 November, Galakkan Rakyat Buat Persiapan Untuk Mengundi

Negeri Sembilan Isytihar Cuti Umum Pada 18 November, Galakkan Rakyat Buat Persiapan Untuk Mengundi

Keputusan ini menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri kedua selepas Selangor yang telah memberikan pelepasan cuti sehari sebelum hari pengundian PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan bahawa Jumaat, 18 November sebagai cuti umum di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang bersidang pada Rabu (9 November 2022).

“Ini bagi menggalakan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.”

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik

Keputusan ini menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri kedua selepas Selangor yang telah memberikan pelepasan cuti sehari sebelum hari pengundian PRU15.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada 19 Nov.

BACA ARTIKEL BERKAITAN :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.