fbpx
Now Reading
Tular Video Lori Lebih Muatan Jadi Punca Kematian Bayi, Permit Syarikat Digantung Setahun [Video]
permit syarikat & lesen pemandu lori digantung

Tular Video Lori Lebih Muatan Jadi Punca Kematian Bayi, Permit Syarikat Digantung Setahun [Video]

Insiden kemalangan yang meragut nyawa seorang bayi itu dilaporkan berlaku di Gerik, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu rakaman dashcam di media sosial memaparkan keadaan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh sebuah keluarga terbalik selepas terbabit dalam satu kemalangan di Gerik, Perak.

Dalam video tersebut, kelihatan muatan di dalam sebuah lori terjatuh keluar Sebaik sahaja kenderaan berat itu melepasi satu selekoh.

Dalam insiden itu, muatan yang terjatuh keluar dari lori berkenaan turut terkena kepada sebuah kenderaan jenis Honda yang melalui kawasan tersebut sehingga menyebabkan beberapa buah kereta terbalik.

Media sebelum ini turut melaporkan bahawa kejadian itu telah meragut nyawa seorang bayi pada 29 Oktober yang lepas.

Permit syarikat lori & lesen pemandu digantung

Susulan dari kejadian tersebut, permit syarikat lori berkenaan telah digantung selama setahun dan telah mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2022

Memetik laporan Kosmo, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim memaklumkan bahawa lesen pemandu lori tersebut juga digantung selama enam hingga lapan bulan juga berkuat kuasa semalam (15 Disember).

Syarikat lori gagal dalam JISA yang dilakukan oleh JPJ dan APAD

Jelasnya, keputusan itu dilaksanakan apabila pihaknya mendapati bahawa syarikat lori berkenaan gagal dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) yang dijalankan oleh JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Kita baru dapat keputusan daripada JISA dan surat penggantungan sudah dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

“Keputusan menggantung permit syarikat lori berkenaan dibuat selepas mendapati kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu lori berkenaan dan kita gantung tidak kurang setahun atau lebih.

“Pemandu lori ini banyak kali melakukan kesalahan dan hasil pemeriksaan, dia mempunyai 10 notis saman dan telah menjelaskannya, namun kali ini kita gantung lesennya antara enam hingga lapan bulan,” jelasnya.

Terdahulu, kejadian kemalangan itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku dan mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa menerusi satu hantarannya di Facebook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.