Digantung UMNO : Hishammuddin Hussein Beri 4 Sebab Kenapa Dia Tidak Akan Buat Rayuan [Video]

Sebelum ini, UMNO telah bertindak untuk mengantung kehalian beberapa ahli pemimpinnya seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Shahril Sufian Hamdan, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Bukan itu sahaja,ada juga pemimpin yang dipecat antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan juga Tun Faisal.

Susulan dari tindakan itu, terdapat beberapa pemimpin yang berpendirian untuk tidak akan membuat rayuan antaranya adalah KJ dan Tun Faisal.

Baca artikel berkaitan: KJ Tetap Dengan Pendirian Tak Akan Buat Rayuan Kepada MKT UMNO

Hishammuddin sahkan enggan buat rayuan lepas digantung UMNO

Terbaharu, Hishammuddin Hussein turut mengesahkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang rayuan kepada parti berkenaan berhubung penggantungannya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok rasmi miliknya, Hishammuddin menyatakan ada yang bertanya adakah beliau akan membuat rayuan.

Namun jawapannya adalah sama sekali tidak akan melakukannya.

Nyatakan 4 sebab tak buat rayuan

Bekas Menteri Pertahanan itu kemudian menyatakan empat sebab beliau enggan untuk membuat rayuan terhadap parti itu.

“Sampai hari ni kita tak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa? Kedua, dia gantung tidak ikut proses, tak ikut prosedur.

“Saya tak diminta untuk jawab ke lembaga disiplin. Tak ada surat dikeluarkan lembaga disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis,” jelasnya.

Jika buat rayuan seperti bersalah

Yang ketiga, beliau merasakan tidak perlu membuat rayuan kepada pihak yang membuat keputusan untuk menggantungnya selain tindakan itu seolah-olah beliau sudah melakukan kesalahan.

“Dan keempat kalau kita rayu macam kita ni bersalah. Jadi hari ni, saya minta restu dan izin daripada keluarga di Sembrong. Saya tak tergamak nak buat rayuan,” katanya lagi.

@hishammuddinh2o

Ramai tanya dan ternanti-nanti pendirian saya selepas digantung keahlian UMNO, sama ada hendak buat rayuan atau tidak – ini jawapan dan pendirian saya. #Malaysia #Sembrong #SembrongKita #fypシ゚ #fyp #fypviralシ #fypviral #fypシ゚viral #Johor #BarisanNasional #NotTheEnd #Perjuangan #UMNOMalaysia

♬ Powerful cinematic orchestra [war] – Sino

Melihat di ruangan komen, video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila ada yang kagum dengan pendiriannya dan ada juga meminta agar dia menyertai parti lain.

“Dah tahu Datuk tak akan merayu.. jadi seterusnya apa?”

“Terbaik Datuk”

“Terbaik Datuk, hidup ada penderian.. jangan layan orang buat parti macam dia punya pula”

Recent Posts

  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

17 mins ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

5 hours ago