“Saya Nak Lawat Kubur Isteri” – Anggota Polis Tembak Isteri Lepas Balik Bertugas Rayu Ingin Lawat Kubur Arwah
Difahamkan, tertuduh hanya menjawab faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang didakwa menembak mati isterinya membuat permintaan untuk melawat pusara wanita itu ketika dia dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret Kangar, hari ini (17 Mac).
“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya,” kata tertuduh.
Tertuduh yang dikenali sebagai Mohamad Nizarman Hassim, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empat, Perlis pada 5 Mac lalu.
Tertuduh hanya menjawab faham semasa pertuduhan dibacakan
Menurut Berita Harian, Mohamad Nizarman hanya menjawab faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Mengikut kertas pertuduhan pula, tertuduh didakwa membunuh Safsuarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru pada sekitar jam 6.45 pagi dan 8.50 pagi.
Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail sementara tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Pada masa sama, Nordin turut memohon kepada mahkamah untuk mempertimbangkan agar Mohamad Nizarman dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.
Mahkamah benarkan tertuduh dibawa ke hospital psikiatri untuk penilaian mental
Susulan itu, hakim membenarkan permohonan tersebut dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan insiden seorang anggota polis yang menembak mati isterinya lebih dari 5 das tembakan ketika dia pulang ke rumah selepas tamat syif tugasan.
Lebih menyayat hati apabila mengetahui bahawa suri rumah tersebut sedang mengandung 5 bulan semasa kejadian berlaku.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: