fbpx
Now Reading
4 Mat Rempit Merusuh, Pukul Polis Semasa OP Selamat Mengaku Bersalah

4 Mat Rempit Merusuh, Pukul Polis Semasa OP Selamat Mengaku Bersalah

Mahkamah turut menetapkan tarikh 30 April untuk hukuman di Mahkamah Majistret Kulai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan empat lelaki memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat beberapa hari lalu akhirnya memakan diri apabila mereka didakwa di Mahkamah Majistret Pontian pada Khamis petang (27 April).

Keempat-empat mereka kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mereka dituduh menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri.

Mengikut kertas pertuduhan tiga dari mereka iaitu Khalid Khamis, 38; Mohamed Efendi Mohamed Said, 40; dan adiknya Muhammad Fazli Mohamed Said, 24; didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Muhammad Hasrull dengan niat menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Seorang lagi iaitu Mohamad Haikal Karim, 23, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan tangan dan kaki.

Kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, pada Sabtu lepas yang juga 1 Syawal.

3 dituduh mengikut Seksyen 353 KK, satu lagi di bawah Seksyen 323 KK

Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang berdepan penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala Mohamad Haikal pula didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TRP) Nurezzati Zaini manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Azzuin Abdul Moati kemudian membenarkan Mohamad Haikal diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin manakala tiga lagi iaitu Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli, dibenar dijamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 30 April ini untuk hukuman di Mahkamah Majistret Kulai.

Terdahulu media melaporkan keempat-empat tertuduh yang dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar Johor Bahru dan Kulai pada Selasa (25 April).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.