Pengasas Tahfiz Beristeri Dua Didakwa Lakukan Amang Seksual & Seks Luar Tabii Terhadap 3 Pelajar Lelaki

Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini (17 Mei) atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Firdaous Abdul Rashid, 40, mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibaca dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

3 pertuduhan, didakwa lakukan amang seksual fizikal

Mengikut tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajar yang berusia 13, 14 dan 15 tahun.

Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di dalam sebuah bilik di rumah guru dalam daerah Melaka Tengah pada Julai 2022 dan Mac 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat jika disabit kesalahan.

2 pertuduhan, didakwa sengaja lakukan seks luar tabii

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan seks luar tabii terhadap dua mangsa sama, di lokasi sama pada Mac 2023.

Untuk kesalahan itu pula, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Peguam rayu jaminan, tertuduh tanggung 2 isteri dan 6 anak

Peguam tertuduh, Fahmy Sulaiman merayu agar jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung dua isteri dan enam anak berusia 1 tahun sehingga 13 tahun.

Hakim Darmafikri kemudiannya memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi dua pertuduhan dihadapanya, manakala Hakim Mohd. Sabri tidak membenarkan jaminan bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes tersebut pada 19 Jun hadapan.

Pengasas tahfiz dan adiknya ditahan polis, lakukan penderaan seksual dan fizikal terhadap 6 pelajar

Pada 12 Mei lalu, media melaporkan seorang pengasas tahfiz dan adiknya yang juga warden di pusat berkenaan telah ditahan polis selepas disyaki melakukan penderaan seksual dan fizikal terhadap enam pelajar lelaki.

Segalanya terbongkar apabila kesemua mangsa yang berusia 13 hingga 15 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga, Melaka pada 10 Mei lalu.

Pengasas terbabit juga sebelum ini pernah didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019.

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Kebanyakan Universiti Hanya Kejar Kedudukan & Nama”, Kata Pensyarah Kanan NUS

Jelas Syed Muhammad Khairudin Al-Junied, ia berikutan hasil penyelidikan dan kajian menerusi penulisan yang diterbitkan…

21 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Anak Perempuan Di China Hina Bapa Sebab Tak Mampu Beli iPhone

Remaja perempuan itu turut menjerit kepada bapanya bertanya mengapa dia tidak mempunyai duit walhal ibu…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Kediaman Anak Lelaki Terbakar, Amir UK’S Mohon Bantuan

Kediaman dua tingkat Aliff yang terletak di Taman Mewah, Kajang musnah terbakar di bahagian tingkat…

22 hours ago
  • News
  • Trending

5 Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA

Menurut Ketua Polis Negara, pihaknya turut menemui beberapa batang paip dipercayai untuk membuat pistol angin…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan MC Bersiri ‘HTGK F 896400’ Di Hospital Tangkak Hilang

Menurut notis yang dikeluarkan Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit bernombor siri HTGK F 896400…

22 hours ago
  • Trending

Isi ‘Jajan’ Kurang, Wanita Buat Aduan Kepada Syarikat & Dapat Ganti Snek Baru

Pada mulanya, suami Shaheeda menyedari isi kandungan snek kegemaran mereka kurang daripada kebiasaan.

23 hours ago