fbpx
Now Reading
Malaysia Rampas Pesawat Pakistan International Airlines Kerana Gagal Bayar Hutang

Malaysia Rampas Pesawat Pakistan International Airlines Kerana Gagal Bayar Hutang

Jurucakap PIA Abdullah Hafeez Khan berkata bahawa mahkamah Malaysia telah mengeluarkan perintah agar pesawat itu dirampas mengikut permintaan daripada pemajak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak berkuasa Malaysia dilaporkan telah merampas pesawat penumpang sebuah syarikat penerbangan Pakistan kerana gagal membayar hutang kepada syarikat pemajakan.

Menurut laporan malaymail, pesawat jenis Boeing 777 milik Pakistan International Airlines Corp (PIA) telah dirampas pada Isnin lalu di Malaysia (29 Mei) menyebabkan para penumpang penerbangan berkenaan terkandas.

Terpaksa hantar pesawat lain untuk ambil penumpang yang terkandas

Susulan itu, pihak Syarikat PIA terpaksa menghantar satu lagi penerbangan lain untuk mengambil para penumpang, lapor The Economic Times.

Sementara itu, jurucakap PIA Abdullah Hafeez Khan berkata bahawa mahkamah Malaysia telah mengeluarkan perintah agar pesawat itu dirampas mengikut permintaan daripada pemajak.

PIA sudah bayar hutang, akan ambil tindakan untuk dapatkan semula pesawat yang dirampas

Bagaimanapun, Abdullah menjelaskan bahawa syarikat PIA telah membayar jumlah yang dipertikaikan dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula pesawat berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, jurucakap AerCap Holdings NV, yang dikenal pasti Abdullah sebagai pemberi pajak tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komennya.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa PIA telah menghadapi masalah kewangan selepas Kesatuan Eropah (EU) melarang operasi penerbangan terus mereka sejak tahun 2020 kerana lesen juruterbang palsu.

Difahamkan, insiden tersebut melibatkan sekurang-kurangnya 150 orang yang dipercayai menipu sewaktu peperiksaan juruterbang, lapor the guardian.

Kali kedua pesawat PIA dirampas di Malaysia

Untuk info, ini merupakan kali kedua dalam masa tiga tahun pesawat milik syarikat PIA dirampas di Malaysia.

Sebelum ini pada Januari 2021, sebuah pesawat PIA telah dirampas di Kuala Lumpur sebelum dilepaskan atas dasar jaminan diplomatik bahawa syarikat itu berjanji akan membayar hutangnya.

Pesawat PIA yang dirampas pada tahun 2021 itu kemudian dibawa pulang ke Pakistan bersama dengan 173 penumpang dan anggota krew yang berada di dalamnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.