fbpx
Now Reading
Ketua Polis Daerah Di Pahang Ditahan SPRM Kerana Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta

Ketua Polis Daerah Di Pahang Ditahan SPRM Kerana Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta

Pengarah SPRM Pahang turut mengesahkan tangkapan anggota terbabit tetapi enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) di Pahang telah ditahan kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta ringgit.

Penahanannya oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah untuk melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Terima rasuah lebih RM1 juta sejak tahun 2017

Memetik Kosmo, pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu ditahan petang semalam (6 Jun) kerana disyaki menerima rasuah melebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

“Bayaran rasuah itu disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan serta gangguan pihak berkuasa,” kata sumber tersebut.

SPRM Pahang sahkah tangkapan anggota tersebut

SPRM kemudiannya mengesahkan penahanan angota terbabit dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” kata SPRM dalam kenyataan itu.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Polis sedia beri kerjasama – Ketua Polis Pahang

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman menjelaskan pihaknya sedia bekerjasama dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota,” katanya dipetik dari Awani.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.