fbpx
Now Reading
KPT Tiada Halang Penggunaan ChatGPT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Tinggi

KPT Tiada Halang Penggunaan ChatGPT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Tinggi

Penggunaan ChatGPT haruslah bersesuaian dan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Chat Generative Pre-Trained Transformer atau ChatGPT merupakan model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI yang merupakan model terbesar dan termaju pada masa kini.

Mula dilancar secara rasminya pada 30 November 2022, ia berfungsi untuk memproses bahasa semula jadi seperti penjanaan teks dan terjemahan bahasa.

Malah, ia juga mampu untuk menjana respon teks seperti manusia antaranya mencipta bot sembang untuk perkhidmatan pelanggan, menyediakan jawapan bagi soalan atau mencipta kandungan untuk siaran di media sosial.

Namun, penggunaan ChatGPT ini ternyata memberikan pelbagai impak khususnya terhadap pendidikan tinggi negara.

Pelajar Boleh Guna ChatGPT Namun Perlu Patuhi Garis Panduan

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tiada halangan dalam penggunaan aplikasi ChatGPT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Ini kerana menurut beliau, sistem pendidikan tinggi negara tidak dapat mengelak daripada menggunakan aplikasi terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Namun, penggunaannya haruslah bersesuaian dan dapat dilaksanakan mengikut sistem pendidikan tinggi negara serta perlu berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan.

“Kalau kita tolak benda itu, ia akan tetap ada. Garis panduan dah pun dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Kita tidak tolak tapi kita kena tahu dia punya had dan sebagainya,” kata beliau.

Tambah beliau, satu kertas putih bertajuk A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia yang bertindak memacu perubahan pada aliran pembelajaran di negara telah diusulkan oleh KPT.

Kertas putih ini antaranya berperanan untuk meneliti isu gangguan teknologi ke atas sektor pendidikan tinggi negara termasuk penggunaan aplikasi ChatGPT.

ChatGPT Bantu Pelajar Dalam Sistem Pengajaran dan Pembelajaran

Umumnya, beliau berpendapat aplikasi ini sebenarnya membantu pelajar dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka jika digunakan dengan kaedah yang tepat.

Ini kerana, aplikasi ini dapat membantu pelajar menghasilkan kertas kerja tanpa input sebenar yang dilakukan oleh mereka.

“Kalau kita lihat pada satu keadaan yang berlaku dalam perbicaraan di Amerika Syarikat, peguam gunakan ChatGPT dan aplikasi ini telah memetik kes-kes yang tidak wujud. Inilah kebolehan ChatGPT,” tambah beliau.

Menerusi semakan kami di akaun Twitter @BuletinTV3, rata-rata netizen yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar pendidikan tinggi menyambut baik berita ini.

Kebanyakannya bersetuju bahawa aplikasi ini sememangnya membantu mereka dalam menyiapkan tugasan dan berperanan sebagai solusi kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

ChatGPT Ini Kadang-Kadang Ada Guna Juga, Contoh Coding Yang Kita Tak Tahu

Foto: Twitter @BuletinTV3

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.