fbpx
Now Reading
Penganggur Ditahan Reman Selepas Disyaki Bakar al-Quran & Sejadah

Penganggur Ditahan Reman Selepas Disyaki Bakar al-Quran & Sejadah

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, penahanan lelaki itu susulan daripada satu laporan yang dibuat seorang peniaga berhubung kejadian tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penganggur yang didakwa membakar al-Quran dan sejadah di Bukit Rakit, Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah ditahan semalam (13 Jun).

Suspek seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan oleh pihak polis berhampiran Pasar Maras kira-kira jam 10.50 pagi Isnin.

Laporan mengenai kejadian terbabit dibuat seorang peniaga

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, penahanan itu susulan daripada satu laporan yang dibuat seorang peniaga berhubung kejadian tersebut.

“Sebelum itu pengadu yang berada di rumahnya menerima panggilan telefon memaklumkan perbuatan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi sebuah pusat hemodialisis di Batu Rakit.

“Ketika tiba di tempat kejadian, peniaga berkenaan mengesan suspek sedang membakar bahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

al-Quran dan sejadah disyaki diambil dari masjid

Berkongsi lanjut, beliau berkata pengadu mengesyaki al-Quran dan sejadah itu diambil dari masjid berhampiran.

Jelas Mohd Zaki lagi, susulan itu suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298 dan 427 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.