fbpx
Now Reading
“Ketat & Nampak Bentuk Badan” – MP Kuantan Bangkitkan Isu Pakaian Jururawat Di Dewan Rakyat [Video]

“Ketat & Nampak Bentuk Badan” – MP Kuantan Bangkitkan Isu Pakaian Jururawat Di Dewan Rakyat [Video]

Menurut Wan Razali, beliau meminta kerajaan dan KKM untuk mengambil contoh beberapa hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanita dalam berpakaian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini (15 Jun), antara perkara yang dibangkitkan adalah isu pemakaian pakaian jururawat wanita di hospital atau klinik kesihatan awam.

Semasa sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan, Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor menyifatkan kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

“Saya ingin membangkitkan pemakaian (uniform) jururawat wanita iaitu kebanyakan berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.

“Saya ingin bertanya, adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelongaran?” katanya dipetik Awani.

KKM perlu ambil contoh hospital lain yang bagi pilihan dalam berpakaian

Menurut Ahli PAS itu lagi, beliau meminta agar pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil contoh daripada hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanitanya dalam mengenakan pakaian yang lebih bersesuaian.

“Contohnya Hospital USM Kubang Kerian dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan, tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua hospital ini yang memberi pilihan etika yang lebih baik buat pekerja,” tambah Wan Razali.

Bangkitkan isu pemberian biasiswa kepada pelajar perubatan

Dalam pada itu, Wan Razali turut bersuara mengenai isu pemberian biasiswa kepada pelajar perubatan sebagai usaha untuk memantapkan lagi tenaga kerja selaras dengan tonggak keempat Kertas Putih Kesihatan.

“Saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan biasiswa kepada pelajar perubatan, adakah peruntukan ditambah bagi memberi peluang pelajar menyambung pendidikan?” soalnya.

Beliau pada masa yang sama juga berharap usaha KKM dalam mereformasikan sistem kesihatan ke arah lebih berdaya tahan dan berkebajikan agar dapat dikecapi.

Video penuh di Facebook

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.