fbpx
Now Reading
MP Pengkalan Chepa Diarah Keluar Dewan Rakyat Selepas Didakwa Tuduh Nga Kor Ming Islamofobia

MP Pengkalan Chepa Diarah Keluar Dewan Rakyat Selepas Didakwa Tuduh Nga Kor Ming Islamofobia

Ahmad Marzuk mendakwa beliau tidak faham kenyataan apa yang perlu ditarik balik kerana keadaan di dalam Dewan Rakyat yang kecoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (6 November), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary diarah keluar Dewan Rakyat selepas dianggap menuduh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai Islamofobia.

Ahmad Marzuk diarah keluar oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kerana enggan menarik kembali kenyataanya itu.

“Saya sudah buat keputusan (Ahli Parlimen) Pengkalan Chepa perlu tarik balik fitnah kepada menteri. Pengkalan Chepa kata nak buat usul, jadi buat usul selepas ini. Hari ini minta keluar untuk rehat sampai esok,” katanya dipetik Kosmo.

Ahmad Marzuk dakwa tidak faham kenyataan apa yang perlu ditarik balik

Bagaimanapun, Ahmad Marzuk mendakwa beliau tidak faham kenyataan apa yang perlu ditarik balik kerana keadaan di dalam Dewan Rakyat yang kecoh.

“Seseorang Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen lain. YB Pengkalan Chepa sebut tentang menteri Teluk Intan,” kata Alice Lau.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling menjerit memaksa Alice Lau menggesa mereka supaya bertenang.

Ahmad Marzuk berkata Islamofobia turut berlaku dalam kalangan menteri

Terdahulu, Ahmad Marzuk berkata, Islamofobia disebabkan oleh salah faham terhadap Islam bukan saja berlaku dalam kalangan masyarakat, malah turut berlaku dalam kalangan menteri.

“(Ahli Parlimen) Teluk Intan beberapa kali membuat hantaran (di media sosial) dan dulu menyebut Taliban dan sebagainya. Adakah YB menteri agama berusaha memahamkan menteri-menteri Kabinet dulu?,” ujar Ahmad Marzuk.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.