fbpx

Rokok Elektronik Atau Vape Haram Buat Umat Islam – Menteri Agama

Menurut Dr Mohd Na’im, pengharaman dan larang vape itu dibuat berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 21 Disember 2015 lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan rokok elektronik atau vape semakin popular digunakan oleh masyarakat.

Malah rasa yang sedap dengan pelbagai perisa cecair seperti buah-buahan atau minuman membuatkan pengguna ketagih dan sukar untuk meninggalkannya meskipun tahu ia tidak baik untuk kesihatan.

Terdapat juga segelintir daripada perokok yang merasakan vape merupakan salah satu alternatif untuk berhenti daripada tabiat merokok.

Sama seperti rokok, vape juga mempunyai risiko yang tersendiri apabila terdapat kes seperti Evali turut dilaporkan berlaku kerana rokok elektronik ini.

Evali adalah penyakit berkaitan kerosakan pada paru-paru kerana penyalahgunaan bahan terlarang dalam cecair vape seperti tetrahydrocannabinol (THC) disebabkan minyak kanabis yang mengandungi vitamin E asetat.

Umat Islam haram hisap vape

Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa vape atau perbuatan menghisap rokok elektronik adalah haram khususnya kepada golongan umat Islam.

Jelasnya, pengharaman atau larangan tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 21 Disember 2015 lepas.

Menurutnya meskipun terdapat pihak menyatakan vape dapat membantu dalam mengurangkan gejala merokok tetapi penggunaannya perlu dihindari, khususnya bagi individu yang tidak mempunyai alasan kukuh untuk mencuba peranti tersebut.

Empat ulama mazhab turut haramkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan

Ujarnya, berdasarkan perspektif syarak daripada ulama kempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie serta Hambali di dalam kitab mereka turut mengharamkan umat Islam memakan, minum atau mengambil bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat kepada badan meskipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan sebagainya.

Kemudaratan yang dimaksudkan turut merangkumi perkara seperti membawa kematian, kehilangan, kerosakan anggota, mengundang penyakit bahaya, selain bahan yang digunakan itu tidak memberi sebarang faedah kepada pengguna.

“Kerajaan memandang serius penggunaan rokok elektronik atau vape dan isu-isu itu sering dibahaskan oleh ramai pihak dari pelbagai aspek. Berdasarkan perspektif agama, rokok adalah diharamkan atas beberapa faktor iaitu mengandungi pelbagai jenis racun seperti nikotin serta bahan-bahan kimia serta mampu membunuh sel paru-paru.

“Begitu juga kandungan yang terdapat di dalam vape seperti nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan,” jelasnya dalam kenyataan bertulis itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Agama tersebut dalam satu jawapan bertulis yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab persoalan diajukan Mohd Hasnizan Harun dari Perikatan Nasional Hulu Selangor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.