fbpx

Bapa Beri Anak 2 Tahun Hisap Vape Kini Direman 7 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial video memperlihatkan aksi tidak masuk akal pasangan suami isteri yang memberi anak mereka menghisap rokok elektronik atau vape.

Video berdurasi 12 saat tersebut yang difahamkan di ambil dari IG Story ibu kanak-kanak malang berusia 2 tahun itu kemudian mula tular ke plaftorm media sosial lainnya sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sedutan dari video tular

Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudiannya telah bertindak membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Terbaru Polis memaklumkan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak yang tular tersebut di Setapak, Kuala Lumpur.

Ibu dan anak di bawa ke HKL untuk pemeriksaan

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pegawai JKM telah turun ke sebuah rumah di PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan off Jalan Genting Klang, Setapak.

“Pihak polis dan JKM menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan membawa bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan susulan.

Kejadian beri vape pada 2 Mei

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian suspek memberi anaknya menghisap vape dikesan berlaku di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, Selangor, pada 2 Mei lalu,” katanya dalam kenyatan media semalam.

Mengulas lanjut mengenai video tersebut Arifas menjelaskan sewaktu kejadian suspek telah memberikan vapee kepada anaknya manakala ibu mangsa merakam situasi tersebut.

Ekoran dari itu suspek kini direman selam tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Terdahulu ibu kanak-kanak berkenaan dikecam hebat selepas mempersoalkan reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya memberikan si anak vape berkenaan.

Lelaki tersebut bagaimanapun memohon maaf kepada orang ramai dan meminta mereka untuk berhenti mengecam isterinya di media sosial.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.