fbpx
Now Reading
“Berilah Sedikit Imbuhan” – Budak Intern Bukan Kuli, Kata PM

“Berilah Sedikit Imbuhan” – Budak Intern Bukan Kuli, Kata PM

Menurut Anwar, sebagai penuntut pengajian tinggi mereka juga tentunya menghadapi masalah kewangan khususnya pelajar yang datang daripada keluarga miskin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, antara isu yang sering dibangkitkan oleh golongan mahasiswa adalah mengenai bayaran elaun semasa melakukan latihan industri.

Segelintir pelatih industri atau dikenali juga sebagai ‘budak intern’ meluahkan elaun yang diterima terlalu sedikit, malah ada juga yang mendakwa tidak menerima sebarang imbuhan.

Isu ini turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada segelintir golongan pekerja dan majikan yang menyifatkan budak intern hanyalah sekadar pelajar, justeru tidak layak menerima imbuhan.

Keadaan ini menyebabkan ada di kalangan pelajar praktikal merasakan mereka sudah dianggap seperti kuli apatah lagi tiada undang-undang yang dapat melindungi pelatih industri berbanding golongan pekerja biasa.

Pelatih industri tidak sepatutnya dianggap sebagai kuli

Bagaimanapun, kerajaan tidak terlepas pandang mengenai isu para pelajar praktikal yang mengikuti latihan industri di syarikat tertentu apabila ada di antara mereka didapati tidak diberi sebarang bayaran (elaun).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelatih industri tidak sepatutnya dianggap sebagai kuli kerana mereka mampu melakukan tugasan dan tanggungjawab ketika sedang menimba pengalaman.

Jelas beliau, sebagai penuntut pengajian tinggi mereka juga tentunya menghadapi masalah kewangan khususnya pelajar yang datang daripada keluarga miskin.

“Bukan gaji yang mereka tuntut kerana sebelum ini pun tiada rungutan. Berilah sedikit imbuhan meskipun tidak tinggi sekadar untuk lepas perbelanjaan harian.

“Kebajikan mereka perlu dibela kerana dengan sedikit perbelanjaan akan melegakan bebanan untuk makan dan kos,” kata Anwar dipetik Kosmo semalam (18 Jun).

PM seru syarikat ambil langkah positif, anggap pelatih sebahagian keluarga syarikat

Menurutnya lagi, beliau menyeru agar syarikat yang terlibat dengan penempatan pelatih industri ini mengambil langkah positif sebagai sebahagian khidmat sosial korporat serta menganggap pelajar praktikal terbabit sebahagian daripada keluarga syarikat.

“Saya amat setuju sekiranya kebajikan mereka diambil cakna. Esok, saya akan bincang hal ini dengan pelabur dan pemain industri,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.