fbpx
Now Reading
“Bukan Guna Atas Jalan”- Selepas ‘Dicari’ JPJ, Opai Sahkan Nombor Plat QPA1 Untuk Majlis Kahwin Sahaja

“Bukan Guna Atas Jalan”- Selepas ‘Dicari’ JPJ, Opai Sahkan Nombor Plat QPA1 Untuk Majlis Kahwin Sahaja

Menurut JPJ, adalah satu kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan sendiri mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan suami kepada selebriti wanita, Fatin Afeefa iaitu Opai (Aliff Awang) menyifatkan individu yang tidak memakai kenderaan supercar sebagai ‘kereta najis’.

Penularan video turut menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai termasuklah isterinya yang menyatakan ia adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Bahkan isu berkenaan menyebabkan dia dikecam netizen selain fotonya bersama Fatin di atas sebuah kereta mewah jenama Mclaren kembali tular di media sosial.

Namun di sebalik foto itu tular dakwaan yang mengatakan nombor plat pada kereta tersebut bukanlah milik Opai.

JPJ sahkan kereta mewah Mclaren tak guna nombor pendaftaran sebenar

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur kemudiannya mengesahkan kenderaan mewah jenis Mclaren itu tidak menggunakan nombor pendaftaran yang sebenar.

Jelas JPJ, pemilik bagi nombor pendaftaran tersebut bersama kereta itu adalah individu yang berbeza.

Oleh itu, dia yang juga pemilik kereta mewah terbabit dinasihatkan membuat laporan polis berikutan gambar kenderaan itu telah menjadi sohor di media sosial.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Suami pelakon dakwa tak terima sebarang surat atau panggilan telefon dari pihak JPJ

Terbaharu, Opai menerusi Instagram Story mendakwa dia tidak ada menerima sebarang surat mahupun panggilan telefon dari pihak JPJ.

Malah dia di dalam video itu turut menjelaskan bahawa nombor plat dalam foto tular itu tidak digunakan di atas jalan raya sebaliknya hanya digunakan ketika majlis perkahwinannya yang diadakan sekitar beberapa bulan lalu.

“Ini penjelasan saya, biasalah orang kahwin pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik-cantik, letak nama sendiri ke apa kan.

“Jadi saya dah kahwin pun dah hampir setengah tahun dah, viral pun dah viral lama, janganlah nak kata JPJ panggil, kerana saya tak pakai pun nombor plat tu atas jalan raya.

“Jadi saya rasa sudah-sudahlah, orang Malaysia pun dah bosan dengar cerita Opai (Alif Awang),” katanya dalam video tersebut.

Dia turut mendakwa bahawa ada pihak sengaja menggunakan namanya kerana mahu menjadi tular atau menaikkan nama mereka.

“Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab kita memang bagus,” ujarnya secara berseloroh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.