fbpx
Now Reading
Lambat Tangani Aduan Konten Perkauman, Agama & Institusi Diraja, MCMC Ambil Tindakan Terhadap Meta

Lambat Tangani Aduan Konten Perkauman, Agama & Institusi Diraja, MCMC Ambil Tindakan Terhadap Meta

MCMC menyifatkan Meta tidak bersungguh-sungguh untuk menyekat kandungan memudaratkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat induk Facebook, Meta Platforms Inc (Meta)kerana tidak bersungguh-sungguh menangani konten memudaratkan di platform mereka.

Kandungan-kandungan yang dimaksudkan adalah seperti menyentuh perkauman, raja, dan agama (3R).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MCMC selain 3R, platform media sosial berkenaan turut dibelenggu dengan jumlah kandungan yang memudaratkan antaranya adalah penyamaran judi dalam talian dan juga iklan-iklan penipuan.

Sifatkan Meta lembap & kurang memuaskan

Jelas MCMC pihaknya telah menghubungi syarikat terbabit untuk menurunkan kandungan berkenaan daripada platformnya.

MCMC turut menyifatkan bahawa maklum balas yang diterima daripada syarikat terbabit lembap serta kurang memuaskan.

“Namun disebalik permohonan berulang kali daripada pihak MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kadungan tersebut.

“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penilitian awam.

“Memandangkan tahan kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap syarikat berkenaan sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” katanya.

Tindakan terhadap syarikat perlu dilakukan untuk semai sikap kebertanggungjawaban

Menurutnya, tindakan tersebut adalah perlu bagi menyemaikan sikap kebertanggungjawaban dalam keselamatan siber selain memperkukuhkan lagi perlindungan pengguna terhadap kandungan yang memudaratkan serta aktiviti penipuan.

“MCMC tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan menyalahguna platform di dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan untuk aktiviti siber berniat jahat, meragukan termasuklah kandungan yang boleh menganggu kestabilan kaum, keharmonian sosial dan penghinaan kepada institusi diraja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.