Tular Wanita Bukan Islam Di Kelantan Dikompaun Kerana Berseluar Pendek, Ini Penjelasan MPKB
Menurut MPKB, gambar pakaian yang dimuat naik di laman Facebook terbabit adalah berbeza dengan gambar pemegang lesen berpakaian semasa dikenakan kompaun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita bukan Islam yang telah dikenakan kompaun oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bahru, Kelantan kerana berpakaian tidak sopan semasa menjalankan aktiviti perniagaan di sebuah kedai pakaian.
Kejadian tersebut mula mendapat perhatian orang ramai susulan satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Sunny See Yeap Seng berserta gambar wanita terbabit dan notis kompaun yang diberikan oleh pihak MPKB.
Menerusi gambar yang dikongsikan, wanita terbabit memakai seluar jeans pendek berserta t-shirt berwarna hitam.
Gambar berkenaan kemudiannya tular dan sohor di Twitter selepas dikongsikan oleh seorang netizen.
Kepada semua pengundi non Muslim.
— JOKER🔺️ (@BadBoy2662) June 26, 2023
Malah kepada semua Rakyat.
Inilah bala bila PAS jadi kerajaan.
Takde edit.
Takde fitnah
Takde kencing.
Ini kisah benar.
Berlaku semalam di Kota Bharu‼️
Aurat sendiri gi tayang dlm fon.
Kat luar sibuk jaga aurat orang.
🤦 pic.twitter.com/kxdU8ASYkt
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam keras pihak MPKB kerana bertindak mengeluarkan kompaun kepada wanita bukan Islam itu.
MPKB dakwa gambar pakaian yang dimuat naik dan pakaian semasa dikompaun berbeza
Bagaimanapun, MPKB dalam satu kenyataan hari ini (26 Jun) mendakwa gambar yang dimuat naik di laman Facebook terbabit adalah berbeza dengan cara pemegang lesen berpakaian semasa dikenakan kompaun.
Menurut MPKB, pihaknya memandang serius terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna Facebook tersebut dan komen-komen yang diberikan oleh netizen.
Tindakan dikenakan mengikut Seksyen 34(2)(b)
Jelasnya, tindakan kompaun yang dikenakan adalah selaras dengan Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis MPKB) 2019.
Akta tersebut memperuntukkan pemegang lesen hendaklah memastikan dirinya dan pekerjannya berpakaian sopan, bersih dan kemas sepanjang menjalankan aktiviti-aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian.
“Bagi yang bukan beragama Islam, memastikan dirinya dan pekerjanya yang bukan Islam memakai pakaian sopan dan sekiranya pekerjanya beragama Islam hendaklah memakai pakaian menutup aurat,” katanya.
Semakan kami turut menemui seksyen tersebut di dalam susunan undang-undang kecil yang dikeluarkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan kompaun sentiasa dilakukan sebelum ini tanpa sebarang provokasi atau manipulasi
Menurutnya lagi, tindakan kompaun sentiasa dilaksananakan oleh MPKB dari masa ke semasa sebelum ini terhadap pemilik premis dan tiada apa-apa provokasi atau manipulasi yang timbul oleh mana-mana pihak.
“Pihak MPKB amat kesal dengan kenyataan mengelirukan yang tidak berasas serta berterusan yang telah dibuat oleh pemegang Facebook tersebut sehingga mengundang persepsi negative masyarakat terhadap anggota MPKB,” katanya lagi.