fbpx

Lelaki Tidak Siuman & Positif Dadah Cabul Wanita Di Sabah [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Supritendan Noraidin, suspek yang berusia 29 tahun telah ditahan pada jam 3 pagi (26 Jun).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita mengalami detik malang apabila dia dicabul dan diraba oleh seorang lelaki yang dikatakan tidak siuman.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, kejadian dipercayai berlaku di sebuah tangga kedai di Tuaran, Sabah pada Ahad lalu (25 Jun).

Wanita Bergelut Untuk Selamatkan Diri

Menerusi perkongsian video kamera litar tertutup yang viral di Twitter, kelihatan mangsa sedang bergelut bagi melepaskan diri dari pelukan suspek.

Namun, suspek tetap terus memeluk wanita berkenaan sehinggalah orang awam menyedari tindakannya itu.

Suspek terus melarikan diri apabila tindakannya disedari oleh orang awam lalu bertindak meninggalkan wanita berkenaan.

Suspek Telah Ditahan, Positif Dadah & Tidak Siuman

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Supritendan Noraidin, suspek yang berusia 29 tahun telah ditahan polis pada jam 3 pagi (26 Jun).

Siasatan awal mendapati suspek dikatakan secara tiba-tiba memeluk dari belakang dan mencabul mangsa.

Hasil siasatan turut mendapati suspek tidak siuman dan mempunyai kad OKU Malaysia kategori kurang upaya mental. Malah, hasil saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun berasal dari daerah Tuaran. Suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu,” katanya.

Malah, suspek dikatakan baru sahaja tiga hari keluar daripada hospital setelah mendapat rawatan susulan.

Bukan Satu, Tapi Tiga Wanita Telah Menjadi Mangsa Cabul

Menerusi kenyataan media itu juga, bukan satu, tapi tiga orang wanita yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 31 tahun turut menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Selain diraba dan dicabul, ada di antara mangsa yang turut kehilangan wang ringgit akibat dilarikan oleh suspek.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak polis, orang ramai dinasihatkan tidak perlu risau kerana tangkapan ke atas suspek telah dibuat.

Namun, orang ramai diminta untuk melaporkan kejadian dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya insiden seperti ini berulang kembali.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dicabul Ketika Dapatkan Rawatan Sihir, Bomoh Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Reman ‘Cleaner’ Warga Asing Cabul Remaja Lelaki 15 Tahun Di Tandas Pusat Beli-Belah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.