fbpx
Now Reading
Lelaki Lawan Arus Sebabkan Penunggang Ducati Maut Mengaku Tak Bersalah, Akui Sakit Mental

Lelaki Lawan Arus Sebabkan Penunggang Ducati Maut Mengaku Tak Bersalah, Akui Sakit Mental

Mahkamah Majistret Ampang turut memerintahkan tertuduh untuk jalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular mengenai satu insiden menyayat hati apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas dan terjatuh dari jejantas sebuah lebuh raya pada bulan Jun lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan yang tular di media sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian seorang penunggang motosikal yang melawan arus.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang Ducati Maut Terjatuh Dari Lebuhraya SUKE Gara-Gara Elak Motosikal Lawan Arus [Video]

Susulan kejadian itu, polis telah menahan penunggang terbabit selepas dia tampil menyerah diri di Balai Trafik Kajang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Individu Lawan Arus Sebabkan Penungang Ducati Maut Jatuh ‘Flyover’ Diburu Polis

Tertuduh mengaku tidak bersalah menunggang motosikal lawan arus

Terkini, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini (10 Julai) atas pertuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Ducati itu.

Mudzyadaha Mohammad, 42, yang juga seorang pemandu lori telah membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64 tahun.

Kesalahan dilakukan di Kilometer 22.2 Lebuhraya SUKE pada 14 Jun lalu

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Selangor pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000 jika disabit kesalahan.

Mahkamah perintah tertuduh jalan ujian psikiatri

Sementara itu menurut laporan Kosmo, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Amalina memerintahkan demikian terhadap lelaki terbabit selepas membenarkan permohonan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleem Ismail menngikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam maklumkan tertuduh seorang pesakit mental dan OKU

Terdahulu, semasa prosiding peguam tertuduh memaklumkan anak guamnya merupakan seorang pesakit mental yang juga orang kelainan Upaya (OKU) dan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Semasa kejadian, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran secara berlawanan arus jadi saya pohon pada mahkamah membenarkan untuk tertuduh menjalani ujian psikiatri dibawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam itu.

Oleh itu, Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

“Disebabkan tertuduh mengaku tidak bersalah, dan permohonan peguam untuk tertuduh menjalani ujian psikiatri, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” kata Annur.

Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM10,000

Selepas mendengar permohononan kedua-dua belah pihak, Majistret Amalina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan pada masa sama tertuduh perlu menjalani ujian psikiatri.

“Syarat lain, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan lesen memandu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” kata Majistret Amalina.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan laporan psikiatry tertuduh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.