
Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Seks Sehingga Hamil
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital berkenaan mendapati mangsa sememangnya sedang hamil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, seorang bapa yang seharusnya menjadi pelindung buat anak bertindak sebaliknya demi memuaskan nafsu serakahnya.
Begitulah yang dilalui dua remaja perempuan di Jeram, Muar apabila terpaksa melalui detik hitam dalam hidup mereka setelah menjadi hamba seks bapa kandung sejak enam tahun lalu.
Ditahan polis selepas terbongkar, laporan perubatan dapati mereka sedang hamil
Tindakan terkutuk bapa berusia 53 tahun itu bagaimanapun berakhir apabila dia ditahan polis pada Isnin lalu (10 Julai).
Lelaki terbabit diberkas polis selepas perbuatan kejinya itu terbongkar susulan laporan perubatan hospital mendapati seorang daripada mangsa sedang hamil.
Bapa rogol anak sejak berusia 9 tahun
Difahamkan, lelaki terbabit merogol seorang mangsa sejak berusia sembilan tahun dan perbuatan berkenaan dikatakan kerap berlaku di rumah mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz turut berkata hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital berkenaan mendapati mangsa sememangnya sedang hamil.
“Berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam untuk siasatan lanjut dan suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan
Berkongsi lanjut, Mukhliz berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: