fbpx
Now Reading
Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bukan Dibatal Sebaliknya Hanya Ditangguh

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bukan Dibatal Sebaliknya Hanya Ditangguh

Menurut JAWI, isu pembatalan kuliah tidak berbangkit malah penangguhan itu dimaklumkan lebih awal untuk proses penyusunan semula jadual pengkuliahan membabitkan penceramah dan tenaga pengajar lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 14 Julai lalu, kami ada melaporkan berhubung Kuliah Maghrib Perdana pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Pembatalan kuliah yang sepatutnya diadakan pada 16 Julai (Ahad) bertempat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur itu dimaklumkan oleh pendakwah berkenaan menerusi Instagram miliknya.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan banyak pihak kecewa kerana ramai yang menantikan kehadiran pendakwah tersebut.

Baca artikel berkaitan: Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus Di KL Ahad Ini Dibatalkan

Kuliah tidak dibatalkan tetapi hanya ditangguhkan

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah tampil menjelaskan kuliah itu tidak dibatalkan tetapi hanya ditangguh.

Penangguhan itu telah dimaklumkan oleh pihak masjid kepada penceramah lebih awal untuk tujuan proses penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama.

“Justeru isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali. Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” ujarnya.

Komited pastikan masjid dan surau terus berperanan sebagai pangkalan ibadah dan pusat ilmu

Kata JAWI, mereka komited dalam memastikan insititusi masjid serta surau untuk terus berperanan sebagai pangkalan ibadah, pusat ilmu dan penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.